Monday, June 6, 2016

#PRK093 SG. BESAR : KENALI CALON BN YB BUDIMAN BIN HJ. MOHD ZOHDI - BAKAL AHLI PARLIMEN SG. BESAR YANG BAHARU.....


Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN, PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) serta seorang calon Bebas.

BN yang diwakili calonnya, Mastura Mohd Yazid akan menentang calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad, calon AMANAH yang diwakili Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Nama kempat- empat calon itu diumumkan Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar.

Sebelum itu, seorang ahli perniagaan dan juga peguam Datuk Abu Backer Sidek hadir ke pusat penamaan untuk bertanding sebagai calon bebas, namun menarik diri kerana mendakwa tidak berpuas hari dengan sistem SPR.

Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pengundi berdaftar terdiri 22,496 Melayu, Cina (7,757), India (2,287), Bumiputera Sarawak (16), Bumiputera Sabah (13) dan Orang Asli (330).

Sementara itu PRK Sungai Besar pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, AMANAH dan PAS selepas SPR menerima tiga borang pencalonan.

Dalam PRK berkenaan, Budiman Mohd Zohdi daripada BN akan berdepan lawannya, Azhar Abdul Shukur daripada AMANAH dan Abdul Rani Osman daripada PAS.

Ketiga-tiga calon itu diumumkan Pegawai Pengurus SPR, Mohd Khairuddin Md Som, di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar.

Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar terdiri daripada 42,365 pengundi biasa dan 286 pengundi awal dan empat pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.

Kesemua calon diiringi dan diarak oleh penyokong masing-masing menuju ke pusat penamaan calon. Proses penamaan calon berakhir pada pukul 10 pagi.

Dua PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi parlimen Sungai Besar, Tan Sri Noriah Kasnon dan ahli parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak.

SPR menetapkan 18 Jun depan sebagai hari pengundian dan tarikh pengundian awal pada 14 Jun bagi kedua-dua PRK berkenaan.


























PDM GNGOM
PRK P093 SG. BESAR


GNGOM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BNBBC

BNBBC
KLIK UNTUK KE BNBBC.MY

GABUNGAN NGO MALAYSIA - GNGOM