Wednesday, June 1, 2016

#PRK P93 SG.BESAR : GANDINGAN AMPUH DATO' JAMAL YUNOS DAN CALON BN YB BUDIMAN BIN HJ. MOHD ZOHDI



Sebagaimana yang diistiharkan pada malam 27 mei 2016, YB Budiman Hj. Mohd Zohdi telah terpilih sebagai Calon BN bagi Kerusi Parlimen P093 Sg. Besar PRK setelah diumumkan sendiri oleh YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO Malaysia di Command Centre BN Sg. Besar Pasir Panjang, Sg. Besar, Selangor.  

Admin sendiri telah ditugaskan di bawah PDM GNGOM berpusat di Bilik Gerakan Pekan Sekinchan, diketuai oleh Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Dato' Jamal Md Yunos. Timbalan Pengerusi adalah Ayahanda Dato' Rahim Ibrahim yang juga YDP PKMK manakala Naib Pengerusi adalah Mejar Razali Zakaria manakala S/Unya adalah admin.




Maka setelah diistiharkan gendang perang telah bermula apabila diistihar oleh YB Dato' Seri Noh Omar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor maka bermulalah acara kempen dan program bagi mendekatkan Parti UMNO dan BN kepada rakyat di setiap pelusuk Kawasan Parlimen Sg. Besar yang merangkumi 2 DUN iaitu Sekinchan dan Sg.Panjang. Pihak AJK UMNO, Ketua Cawangan termasuk Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian Sg. Besar kelihatan begitu sibuk mengaturcara program dan majlis di bawah 31 PDM termasuk PDM GNGOM serta Pejabat Induk UMNO Bahagian Sg. Besar yang diterajui oleh Dato' Jamal Md Yunos. 



Bagi PDM GNGOM pula sehingga masa posting ditulis beberapa sessi perjumpaan dan 'meeting' telah dijalankan yang membawa ke  pelbagai program telah dijalankan sebagaimana senarai dan lapuran semasa  dibawah : -


SEKRETARIAT PRK P093 SG.BESAR PDM GABUNGAN NGO MALAYSIA 


PDM GABUNGAN NGO MALAYSIA SG. BESAR 


LAPURAN 1 – PERJUMPAAN & MINIT MESYUARAT 

oleh 

BAHA TAHA 


MEI 2016 


(Lapuran 1) 

PERJUMPAAN & MINIT MESYUARAT

SEKRETARIAT PDM GABUNGAN NGO SG.BESAR

PRK P093 PARLIMEN SG.BESAR




LOKASI

1) RUMAH AYAHANDA HJ. HAMID
     LOT 74, JALAN PARIT 2 TIMUR, SG. PANJANG,
     SG. BESAR, SABAK BERNAM, SELANGOR.

2) RESTORAN MADINA SG. BESAR

KEDATANGAN : 16 – 20 ORANG


TARIKH DAN MASA

MESYUARAT PERTAMA - 19 MEI 2016
JAM 1.00 – 3.30 PAGI

MESYUARAT KEDUA - 20 MEI 2016
JAM 11.30 – 3.00 PAGI



MESYUARAT KETIGA - 22 MEI 2016

JAM 10.30 (21 MEI 2016)
JAM 12.00 – 3.00 PAGI



LAPURAN DAN RUMUSAN

MINIT MESYUARAT


1. Cadangan Penubuhan PDM Gabungan NGO Malaysia Cawangan Sg.Besar hasil perbincangan Wakil Gabungan NGO Malaysia dan Negeri Selangor yang diwakili oleh Ayahanda Dato’ Rahim Ibrahim (PKMK), Ayahanda Mejar (B) Razali Bin Zakaria mewakili GMPN, DPB Baharin Bin Mohd Tahir (AJK GMPN & Blogger Arus Perdana dan Saudara Ghani Bin Amat (GMPN) dengan 12 orang anak anak tempatan pimpinan Ayahanda Hj. Hamid.

– Telah disokong sebulat suara tanpa bantahan.

2. Cadangan Penubuhan Pertubuhan Anak Anak Bentang Sg. Besar atau ‘PAKAB’ bagi pembelaan dan kebajikan Anak anak penduduk tempatan di Kawasan Pekan Sg. Besar, Daerah Sabak Bernam, Selangor. Pendaftaran ROS akan diuruskan oleh Mejar Razali.

– Telah disokong sebulat suara tanpa bantahan.( Telah diluluskan dengan nama : Persatuan Anak Bendang Selangor - PKABS oleh pihak ROS pada 25 Mei, 2016.

3. Perbincangan dijalankan berkenaan Kawasan mengundi di dalam Parlimen Sg. Besar termasuk kawasan Hitam, Kelabu dan Putih. PDM yang terdapat 30 unit dan di tambah 1 iaitu PDM Gabungan NGO Sg. Besar menjadikan jumlah PDM ialah 31 Unit.

- Sokongan sebulat suara.

4. Strategi Kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Sg. Besar yang mengandungi 2 Kawasan DUN iaitu DUN Sekinchan (7 Unit PDM) dan DUN Sg. Panjang (19 Unit PDM) adalah tertumpu kepada kawasan Kelabu dan Hitam. Telah didapati di Kawasan Parit 1 hingga 10 merupakan kawasan Putih iaitu Kawasan yang di dapati majoriti penyokong BN. Manakala Kawasan Parit 11 hingga Parit 18 didapati sebagai Kawasan Kelabu iaitu Kawasan yang 50 : 50 Penyokong BN dan Penyokong Pembangkang (PAS) terutama di Kawasan 15 Merbau Berdarah dimana didapati ada Kubu PAS yang kuat berpengaruh. Pihak PDM GNGO Sg. Besar juga mendapati Kawasan Sg. Leman di DUN Sekinchan adalah kawasan Majoriti Pengundi PAS yang Majoritinya orang Melayu berketurunan Banjar dimana merupakan kampung halaman Ketua UMNO Bahagian Sg. Besar, yang merupakan Pengerusi Gabungan NGO Selangor dan Malaysia.

- Sokongan sebulat suara dan perkara pro serta kontra dikalangan AJK dan ahli PDM.

5. Yang paling dikhuatiri adalah Kawasan Hitam di DUN Sekinchan yang ADUNnya Ng Sue Lim dari Parti DAP, Majoriti 58% adalah Masyarakat Kaum Tionghua/Cina yang majoritinya adalah penyokong DAP. Masyarakat Melayu seramai 40% dan 2% Kaum India dan Kaum Lain lain. Usaha proaktif adalah diperlukan untuk mendapatkan sokongan dan undi bagi BN menggandakan undi kemenangan majoriti dimana BN menang dengan hanya 399 undi bagi Parlimen Sg. Besar di PRU 13 dimana Allahyarhamah Datuk Hajah Noriah Binti Kasnon. PRK di Sg. Besar diadakan akibat nahas helikopter di Sibuyau, Sarawak yang mengakibatkan 6 orang terkorban termasuk Allahyarhamah.

- Sokongan berbelah bagi dan tindakan akan diambil dalam masa yang terdekat.

6. Antara cadangan Program dan Gerakerja yang dicadangkan adalah* : -

a) Memberi bantuan keperluan asas harian seperti Beras, Gula, Tepung, Biskut, Maggi dll. kepada pengundi yang memerlukan. Anggaran bantuan kepada 100 keluarga pengundi juga Wang Poket di kawasan Kelabu Parit 11, 12, 13 dan Sg. Leman, Sekinchan yang memerlukan.

b) Bantuan Khidmat dan Kos Hemeodilisis kepada keluarga yang memerlukan terutama bekas tentera yang telah dikenal pasti.

c) Lain lain Program kemaknusiaan seperti pendaftaran nama ketua rumah yang memerlukan bantuan membaiki rumah kediaman yang rosak dan laporan keapada Agensi Kerajaan yang berkenaan.

d) Antara program yang telah dicadangkan adalah : -

i) Pertandingan Snooker – Pengundi muda 18 ke atas di Sg. Besar.

ii) Acara Konvoi Motosikal beramai ramai mengelilingi Kawasan Parlimen Sg. Besar dari Sekinchan hingga ke Sg. Panjang yang dijangkakan semasa pada hari Penamaan Calon pada 5hb. Mei, 2016, Pengiring Calon ke Program bagi acara Kempen PRK dari 5 – 18 Mei, 2016 dan Malam Pilihanraya 17hb. Mei, 2016.

iii) Program Perlancaran Pertubuhan Kebajikan Anak Anak Bendang Sg. Besar, Sabak Bernam (PAKAB) di Perkarangan Hj. Hamid, Lot 74, Jalan Parit 2 Timur, Sg. Besar, Selangor oleh Ketua UMNO Bahagian Sg. Besar Dato’ Jamal Md Yunos manakala acara Perasmian oleh YB Dato’ Seri Noh Bin Omar merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor yang juga Pengerusi Majlis Tindakan dan Pembangunan Persekutuan yang bertaraf Menteri bagi Negeri Selangor Darul Ehsan dalam masa yang terdekat ini. 

iv) Perjumpaan Bekas Perajurit/Tentera serta Pesara Kerajaan serta Keluarga dengan Ketua UMNO Bahagian Sg. Besar – Dato’ Jamal Md Yunos dengan sasaran 50 keluarga pengundi.

v) Acara Memancing Parit di kawasan Parit 11-18 dan Sg. Leman, Sekinchan yanag bakal dirasmikan oleh oleh Wakil Bahagian UMNO Sg. Besar dan Acara Penutup penyampaian hadiah oleh Ketua UMNO Bahagian Sg. Besar, Dato’ Jamal Md Yunos. 

vi) Lain lain cadangan dan program tertakluk kepada masa dan kesempatan serta pesetujuan Ketua UMNO Bahagian Sg. Besar Dato’ Jamal Yunos.

vii) *Acara dan Program adalah mengikut perkembangan semasa dan sebarang perubahan adalah tertakluk kepada keperluan semasa.

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

1. Adalah menjadi keutamaan dan objektif Jawatankuasa Sekretariat PDM Gabungan NGO Selangor/Malaysia untuk memberi perkhidmatan serta konsultasi yang terbaik di dalam aturcara, perancangan dan halatuju program bermula 16 Mei hingga 28 Mei 2016 ( Telah diawalkan pada 27 Mei 2015 dan telah dijalankan) iaitu Pengumuman Calon bagi P093 Parlimen Sg.Besar (Peringkat 1).

2. Pihak AJK SEKRETARIAT PDM Gabungan NGO Selangor/Malaysia yang diketuai oleh Ayahanda Datuk Rahim Ibrahim juga Ayahanda Tuan Hj. Hamid sebagai Pengerusi Bersama Sekretariat PDM. Adalah menjadi harapan yang tinggi jika sekiranya Calon yang dinamakan bagi PRK P093 Parlimen Sg. Besar adalah YBhg. Dato’ Jamal Bin Yunos yang juga sebagai Ketua UMNO Bahagian Sg. Besar merangkap Pengerusi BN Bahagian Sg. Besar juga Pengerusi Gabungan NGO Selangor/Malaysia. Manakala Timbalan Pengerusi adalah Tuan Mejar (B) Razali Zakaria dan dibantu oleh DPB Baharin Bin Mohd Tahir @Baha Taha sebagai Setiausaha Sekretariat.

3. Pihak Sekretariat PDM juga akan sentiasa bersikap telus dan ikhlas di dalam menjalankan gerakan kempen dan gerakerja bagi aktiviti Sekretariat PDM Gabungan NGO Malaysia Sg.Besar. Segala maklumat dan infomasi di dalam gerakerja Sekretariat PDM adalah rahsia dan tidak boleh diberitahu kepada mana mana pihak tanpa kebenaran Sekretariat PDM.

4. Semoga dengan segala usaha dan ikhtiar akan membuahkan kejayaan kepada Calon BN di PRK P093 Sg.Besar pada 18 Mei 2016 dengan memperolehi majoriti yang lebih besar dan memberansangkan dengan berkat dan doa kita bersama,

Terima kasih. Wasallam.

Disediakan / disahkan:

SETIAUSAHA SEKRETARIAT PDM GABUNGAN NGO MALAYSIA SG. BESAR 

ANTARA FOTO AKTIVITI 18 – 22 MEI 2016 sehingga 28 Mei 2016

































p/s Lain lain laporan terkini Program dan Majlis akan disusulkan kemudian

S/U PDM GNGOM
merangkap

Admin
GNGOM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BNBBC

BNBBC
KLIK UNTUK KE BNBBC.MY

GABUNGAN NGO MALAYSIA - GNGOM