Wednesday, June 15, 2016

#PRK 093 SG. BESAR - BN LEBIH MENGUASAI KEMPEN DAN CERAMAH UMUM DI SG. BESAR.

















SETELAH LEBIH SEMINGGU KEMPEN PRK DI P093 SUNGAI BESAR.


Beberapa intisari rumusan diperolehi setelah seminggu kempen PRK di P093 Sungai Besar. Antaranya adalah; 

1. Krisis dalaman PKR antara Presiden dan Timbalannya tidak dapat disembunyikan lagi. Azmin Ali, Kit Siang dan Mat Sabu di satu pihak. Manakala Wan Azizah dan Rafizi di satu pihak yang lain. 

2. DAP tidak menyembunyikan perasaan bangganya mengiringi, membiayai serta bertungkus lumus membantu kempen Parti Amanah Negara (PAN). 

3. Bisik-bisik di kalangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) bahawa MB Selangor Dato' Mohamed Azmin Ali menaja calon PAS sudah mula kedengaran dan PKR tidak menggerakkan jentera parti membantu calon PAN. 

4. Tun Dr. Mahathir Mohamed menampilkan sikap sebenar beliau dari tidak berpihak kepada mana-mana parti politik kepada memberi sokongan penuh dan membantu kempen calon PAN. 

5. DAP sangat terdesak mahukan kemenangan calon PAN sehingga terdorong memainkan politik jijik dan kotor serta mencemari kesucian bulan Ramadhan dengan Billboard Cina Babi' serta Billboard 'Provokasi' yang berunsur fitnah dan tohmahan terhadap Kerajaan Pusat BN.

6. Pihak BN Selangor yang diketuai oleh Tan Sri Noh Omar telah melancarkan jentera Pilihanraya di Parlimen Sg. Besar secara agresif dengan pelbagai program dan gerakerja di segenap pelosok kawasan DUN Sg. Panjang dan Sekinchan.

Akhirnya, politik khidmat bakti dan kasih sayang calon Barisan Nasional YB Budiman Mohd Zohdi berjaya menembusi kubu kuat DAP di Sekinchan di mana para pengundi Cina dilihat semakin mesra BN. 

Dato' Jamal Md Yunos selaku Ketua UMNO Bahagian Sg. Besar juga Pengerusi BN Sg. Besar telah mengetuai Jentera BN Bahagian Sg. Besar disamping Gabungan NGO Malaysia yang telah menggerakkan aktiviti mendekati pengundi di Sg.Besar terutama di Sekinchan dengan Program Jalinan Mesra 1Malaysia pada 13 Jun 2016 yang telah dihadiri lebih 200 orang pengundi dan penduduk tempatan.


Alhamdulillah..........Amin  

#InilahBudiman

#KekalBN

#PRKP093SgBesar


#GNGOM

#GNGOS

ADMIN GNGOM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BNBBC

BNBBC
KLIK UNTUK KE BNBBC.MY

GABUNGAN NGO MALAYSIA - GNGOM