Sunday, May 29, 2016

PRK P093 SG.BESAR : SEMANGAT BARU BN LAGI MEMBARA DI SG.BESAR.




             Setelah 2 hari berlangsungnya Majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional pada Jumaat 27 Mei 2016 di Command Centre Barisan Nasional di Pasir Panjang, Sg. Besar yang mana ADUN Sg.Panjang YB Budiman Hj. Zohdi telah terpilih sebagai Calonnya sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Zahid Hamidi selaku Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas tugas Timbalan Presiden UMNO juga sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Kebangsaan.
Majlis yang dihadiri lebih 2,000 orang tempatan dan juga para hadirin dari seluruh Negara termasuk Ketua Wanita UMNO Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil, Ketua Pemuda UMNO YB Khairi Jamaluddin, Ketua Puteri YB Dato' Mas Eryanti juga Setiausaha Agung UMNO/BN YB Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansur serta lain lain pemimpin peringkat nasional. Tidak lupa Dato' Seri Noh Omar merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan juga Dato' Jamal Md Yunos iaitu Ketua UMNO Bahagian Sg. Besar selaku Pengerusi BN Bahagian Sg. Besar yang juga menjadi Timbalan Pengarah Pilihanraya Kecil Parlimen P093 Sg. Besar.

 PDM GNGOM PRK
P093 SG. BESAR

Walaupun pada mulanya setelah kejadian Nahas Helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei yg lalu, nama Dato' Jamal Md Yunos turut tersenarai dan menjadi 'Favourite' sebagai Calon yg akan menjadi Calon BN dan menggantikan Allahyarhamah YB Datuk Noriah Kasnon yg turut terkorban di dalam nahas tragis tersebut termasuk Aruah Asmuni suaminya serta 4 yang lain yang malang.Tetapi setelah 3 minggu berlalu, maka pihak pucuk pimpinan parti UMNO dan Barisan Nasional telah membuat pilihan Calon 'Heavyweight' BN daripada UMNO yang antara nama yang telah berada di persada Dewan Undangan Negeri Selangor sebagai seorang pembangkang tersohor dan berwibawa serta berkelayakan 'Double Decrees' serta sedang membuat Pengajian Phd.nya di salh sebuah Universiti tempatan. YB Budiman juga tidak asing bagi rakyat tempatan sebagai ADUN Sg. Panjang yang agak 'Sempoi dan bersahaja' yang akan berhadapan dengan Calon PAS YB Dr. Rani Osman yang juga ADUN Meru dan mungkin calon calon lain yang mungkin timbul sebelum hari Penamaan Calon yang telah ditetapkan pada 5 Jun 2016.

Di dalam jangkamasa panjang, keputusan pencalonan ini agak berrisiko tinggi kerana selama ini Dato' Jamal Md Yunos lah yang telah bertungkus lumus menyiapkan segala persediaan dan kelengkapan Jentera Pilihanraya PRK Sg. Besar di seluruh kawasan Parlimen tersebut dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri terdahulu termasuk penyiapan Ibupejabat UMNO Bahagian Sg. Besar yang begitu indah dan tersergam gagah di Jalan Utama B5 Kelang - Sabak Bernam sehingga mendapat pujian daripada ramai pemimpin parti dan tempatan termasuk juga pujian daripada Dato' Seri Zahid Dan Dato' Seri Noh Omar.


Dato' Jamal Md Yunos selaku Ketua Bahagian dan Pengerusi BN Sg Besar tanpa kelibat lain lain calon atau pemimpin termasuk YB Budiman kecuali Dato' Timbalan Ketua Bahagian Dato' Ramli Hj. Norani yang ternyata berdiri teguh di belakang Dato' Jamal sebagai idola Golongan Muda di negara ini amnya khasnya di Sg. Besar ini, telah berjaya di dalam ujiannya sebagai Ketua Bahagian UMNO dan BN mengharungi pelbagai kepayahan termasuk dari segi kewangan termasuk menyiapkan penginapan serta logistik para pelawat dan pengunjung ke Bahagian Sg. Besar ini.
Walau bagaimanapun, Dato Jamal telah tiga kali 'menolak, tidak berminat dan tidak akan' menerima tawaran sebagai calon PRK Sg. Besar atas sebab ingin menumpukan persediaan Parti ke arah PRU14 pada tahun 2018 atau lebih awal. Serta atas sebab menguruskan perniagaannya yang sedang berkembang maju.

Beliau juga tidak mahu mengambil risiko jika beliau mungkin kalah di dalam PRK Sg. Besar kali ini kerana sebab utamanya untuk ingin membantu dan menyokong kuat Parti dan calonnya untuk memenangi dan mempertahankan Kerusi yang disandang oleh BN selama ini.
YB Budiman sebenarnya sebagai Calon BN yang dipilih harus berterima kasih dan menyanjung tinggi atas usaha gigih Dato' Jamal Yunos yang begitu ikhlas dan setia kepada Parti UMNO dan BN walaupun telah menabur bakti selama ini kepada parti dan seluruh masyarakat di kawasan Parlimen Sg. Besar ini.

Dato' Jamal amat berdedikasi dan komited serta teliti atas segala perancangan dan perlaksanaan menjelang Hari Penamaan Calon dan Hari Mengundi PRK Parlimen pada 18 Jun yang akan  datang yang juga berlangsung di dalam bulan Ramadan.






Oleh yang demikian, dengan hati terbuka dan berlapang dada, para ahli UMNO dan BN serta penduduk tempatan ternyata telah menerima seadanya Calon BN iaitu YB Budiman dengan disokong dan didokong kuat oleh Dato' Jamal Md Yunos yang ternyata gandingan ampuh dan bertenaga didalam menghadapi lawan di dalam PRK P093 kali ini.

Semoga pilihan ini tidak silap dan ternyata akan berjaya menggandakan lagi majoriti kemenangan BN serta mendapatkan sokongan padu rakyat Sg. Besar khasnya dan Negeri Selangor amnya. Ia juga akan menjadi penanda aras sokongan terhadap kepimpinan UMNO dan BN tempatan juga Negeri serta peringkat Pusat.



Sokongdan Undilah BN.
Rakyat pasti terbela..........In Syaa Allah.


Wasalam.
Ikhlas drpd. 

#DJY4BNSB
#YBBUDIMAN4SB
#BN4SB
#UndiBNRakyatTerbela

Admin,

Baha Taha



















Wednesday, May 18, 2016

AMOK REBELLION: KEMELUT DATO' JAMAL YUNOS - ALI TINJU MERUGIKAN...

AMOK REBELLION: KEMELUT DATO' JAMAL YUNOS - ALI TINJU MERUGIKAN...: “Ali Tinju macam buldozer” May 13, 2016 Pengerusi Gerakan Martabat Pejuang Negara mendakwa perbalahan antara Ali Tinju dan Datuk...

MRA-CW

Tuesday, May 17, 2016

MALAYSIAN KEYBOARD WARRIORS (MKW): #PRK : PEMBANGKANG BERKEMUNGKINAN MEMBERI KEM...

MALAYSIAN KEYBOARD WARRIORS (MKW): #PRK : PEMBANGKANG BERKEMUNGKINAN MEMBERI KEM...: May 14, 2016 KUALA KANGSAR - Pembangkang harus mempertimbangkan kemungkinan memberi kemenangan percuma kepada Barisan Nasional (BN) ...

GMPNn9

AMOK REBELLION: #PRK KUALA KANGSAR : UMNO KUALA KANGSAR BELUM BINC...

AMOK REBELLION: #PRK KUALA KANGSAR : UMNO KUALA KANGSAR BELUM BINC...: Oleh Farah Suhaidah Othman  bhnews@bh.com.my  MEI 11 2016 MOHAMAD Kamil (duduk tiga dari kiri) pada sidang media mengenai m...

Monday, May 16, 2016

SURAT TERBUKA UNTUK WAKIL RAKYAT UMNO DARI TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD


Mahathir ajak wakil rakyat Umno tebus maruah bangsa, negara


Mahathir Mohamad Hari ini, 1:29 tengahari Hari ini, 3:08 petang







ULASAN

Wahai Wakil Rakyat Umno,

Apakah Yang Berhormat-Yang Berhormat tidak tahu dan tidak sedar akan skandal-skandal yang melibatkan Perdana Menteri yang memburukkan imej Umno dan imej negara?

Jika tidak sedar saya perturunkan di sini sedikit sahaja dari salah-laku Najib supaya Yang Berhormat dapat faham akan betapa seriusnya kerosakan yang dilakukan oleh Najib.

a) Najib menubuh “Dana Kekayaan Negara” dengan meminjam RM42 billion, – sekali gus meningkatkan hutang negara kerana hutang ini dijamin oleh Kerajaan. Tak mungkin syarikat hutang 42,000 kali ganda modal tanpa jaminan.

b) Pelaburan yang dibuat semuanya rugi sehingga tidak dapat bayar faedah pun.

c) Wang yang dipinjam ini sudah hilang sehingga tidak boleh dikesan dengan sah di mana wang ini berada.

d) Tiba-tiba wang sebanyak RM 2.6 billion berada dalam akaun persendirian Najib di Ambank.

e) Agensi-agensi kerajaan Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Hong Kong, Luxembourg, United Kingdom, Seychelles dan Emiriah Arab Bersatu sedang menyiasat salahlaku dan rasuah yang melibatkan 1MDB.

f) Switzerland mendakwa berlaku korupsi sebanyak AS$7 billion dalam pengurusan 1MDB.

g) Singapura menangkap seorang pegawai bank yang terlibat dengan salahlaku 1MDB.

h) Malaysia dipandang hina dan menteri kewangannya didakwa sebagai menteri kewangan yang terburuk di Asia.

i) Laporan oleh PAC mencatit akan penipuan besar berlaku dalam 1MDB. Ini diakui oleh CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

j) Mesyuarat agong Umno tidak dibenar bincang 1MDB dan RM 2.6 billion yang ada dalam akaun bank Najib.

k) Jika ahli atau pemimpin Umno menyoal berkenaan 1MDB, mereka dipecat. Ahli Umno hanya dibenar sokong apa sahaja yang Najib lakukan. Tidak seperti dahulu tiada siapa boleh menegur atau mencabar Najib sebagai Presiden. Umno tidak ada suara lagi.

Yang Berhormat-Yang Berhormat,

Umno ialah parti keramat yang mengalahkan Malayan Union British, yang memerdekakan Malaya dan Malaysia, yang berjaya membangunkan negara sehingga hampir menjadi negara maju.

Tetapi hari ini nama Umno sudah menjadi begitu buruk, sudah digelak ketawa, dihina dan ditolak oleh sebilangan yang besar orang Melayu dan bukan Melayu di dalam negara.

Semua ini disebabkan oleh Najib dengan kepercayaannya bahawa “Cash is King” iaitu rasuah adalah cara memerintah.

Wahai Yang Berhormat, wakil-wakil rakyat Umno. Tidakkah kamu sayang parti keramat ini yang telah begitu berbakti dan berjasa kepada bangsa, negara dan agama? Dan kepada kamu dan keluarga kamu.

Tidaklah kamu tergerak hati untuk membelakangkan kepentingan diri demi bangsa dan negara?

Segala yang merosakkan Umno dilakukan oleh Datuk Seri Najib.

Selagi ia menjadi perdana menteri pemulihan negara tercinta ini tidak akan dapat dilakukan.

Hanya dengan penyingkiran Najib sahaja baharulah Perlembagaan dan Undang-Undang Negara dikuatkuasakan semula dan Malaysia kembali sebagai negara berdaulat yang dihormati dunia.

Yang Berhormat-Yang Berhormat,

Rakyat memilih Yang Berhormat kerana mereka percaya Yang Berhormat akan menyuarakan dan mempertahankan hak mereka.

Sekarang berjuta-juta rakyat menolak Najib. Percayalah Umno dan BN akan kalah dalam PRU-14.

Rakyat dan anak cucu akan kutuk YB kerana menghancurkan Umno dan membawa malapetaka kepada negara. Tak mungkin apa-apa pemulihan dibuat dari dalam Umno.

Umno sekarang bukan lagi Umno yang ditubuh dahulu. Yang ada hanyalah parti Najib.

Dan ahli serta pemimpin Umno yang menyokong parti Najib ini mengkhianati Umno, bangsa, negara dan agama.

Oleh itu sertailah mereka yang menolak Najib sebagai Perdana Menteri supaya Umno dapat dipulih dan dihormati semula dan maruah bangsa dan negara tertebus.

Dan banyaklah lagi kesalahan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib.



TUN DR MAHATHIR MOHAMAD adalah bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun. Tulisan ini pertama kali dinaikkan diblognya - chet.cc

SUMBER : http://www.malaysiakini.com/news/341654



EDITED

ADMIN
GNGOM

Friday, May 13, 2016

Majlis Tahlil dan Sambutan Hari Ulangtahun UMNO 70 di PWTC

Sambutan Ulangtahun ke 70 YMNO di PWTC bermula jam 6 petang dengan Majlis Tahlil di Surau PWTC yang dihadiri lebih 1,000 terdiri drpd YAB Presiden dan Timbalan Presiden  serta Ahli MKT Ketua ketua Sayap Pemuda dan Wanita juga Wakil wakil UMNO Bahagian.

Seterusnya acara Sambutan dijalankan Jamuan Makan Malam dan Penghargaan Sambutan 70tahun UMNO ditubuhkan. Turut serta Pemimpin pemimpin Parti Komponen Barisan Nasional. Para hadirin yang berjumlah lebih kurang 5,000 di Dewan Merdeka sangar bersemangat dan tidak sabar mendengar kata kata aluan drpd YAB Presiden yang menjurus kepada laungan Hidop UMNO sebanyak 3 kali dan di mulai dengan upacara menaikkan bendera UMNO dan nyanyian Lagu UMNO.

Seterusnya, amanat dan penghargaan serta kasyukuran dengan kejayaan dan kegemilangan UMNO menerajui Malaysia sehingga ke tahap yang membanggakan pada hari ini.

"Kekalkan Roh UMNO sebagaimana ianya diasaskan di tangga Istana Johor 70 tahun yang lalu. Sekarang kita fokus ke atas PRK di K.Kangsar dan Sg. Besar".....bak kata YAB Presiden UMNO di Majlis Sambutan Ulangtahun 70 UMNO di PWTC.

Sambutan disulami dengan Anugerah Sepanjang Hayat UMNO kepada Tan Sri Aziz Setapa dan juga pemotongan Pulut Kuning Ulangtahun ke 70 UMNO.
Majlis tamat pada pukul 11.00 malam dengan membawa  kenangan manis yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hayat admin.

Sekian melapurkan dari dari PWTC Kuala Lumpur.

Admin.
Baha Taha
















  

  









Tuesday, May 10, 2016

UMNO DAN BN SIAP SEDIA HADAPI 2 PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN SG. BESAR SELANGOR DAN KUALA KANGSAR, PERAK.

9 MEI : UMNO sudah mengenal pasti beberapa individu berpotensi untuk disenaraikan sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak.


Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata itu antara persiapan awal dilakukan ibu pejabat parti itu selain melihat senarai pengundi, kawasan, demografi dan komposisi kaum di kedua-dua kawasan tersebut.

“Kita akan berikan maklumat awal ini kepada Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dijangka pada hujung bulan ini untuk diperbincangkan,” katanya mengulas mengenai persiapan parti itu berhadapan pilihan raya kecil di kedua-dua kerusi Parlimen tersebut.






Penyandang kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad masing-masing maut dalam nahas helikopter di Sarawak, Khamis lepas.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya, pada Isnin Tengku Adnan berkata walaupun perasaan sedih masih menyelubungi seluruh anggota parti, UMNO selaku sebuah parti politik perlu sentiasa bersedia menghadapi segala cabaran, termasuk berdepan pilihan raya kecil.

“Mengenai peluang, saya percaya kedua-dua kerusi ini jika dipertandingkan akan kekal atau kembali semula kepada Barisan Nasional (BN),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan berkata Lembaga Disiplin UMNO telah menyerahkan laporan siasatan kes disiplin melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir untuk pertimbangan Majlis Tertinggi.



sumber : bnbbc.my


admin


GNGOM

MALAYSIAN RED ARMY - CYBER WARRIOR: #PRK - ORANG BN KENA TERUS KERJA KUAT UNTUK MEMPER...

MALAYSIAN RED ARMY - CYBER WARRIOR: #PRK - ORANG BN KENA TERUS KERJA KUAT UNTUK MEMPER...: Medan Seterusnya, Sungai Besar Dan Kuala Kangsar… Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke 11 yang memperlihatkan kejayaan Barisa...

MRA-CW

Monday, May 9, 2016

#Tragedi Nahas Helikopter AS 350 Sarawak : Hari ke 4 Pencarian Berhasil Menjumpai Mangsa ke 6 dan Kenalpasti Kemungkinan Penyebabnya.

Nahas Helikopter: Akhirnya Mayat Juruterbang Ditemui



Lakaran pihak bomba menunjukkan lokasi penemuan semua mangsa nahas helikopter di Sungai Batang Lupar, Sarawak.




KUCHING: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai mangsa keenam dan terakhir nahas helikopter terhempas di Sungai Batang Lupar dekat sini pada pukul 10.15 pagi, Isnin.


Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan memberitahu mayat yang ditemui adalah juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.


“Mangsa terakhir ini ditemui di bahagian hulu sungai berhampiran pos kawalan bomba Sebuyau,” katanya ketika dihubungi mStar Online.







Helikopter malang jenis Eurocopter AS350 yang dipandu Ragas membawa lima penumpang lain dan semuanya maut dalam kejadian itu dipercayai akibat disambar petir.












Mangsa lain yang telah ditemui adalah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, Asmuni Abdullah; Ahli Parlimen Kuala Kangsar merangkap Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; Ketua Setiausaha Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai dan pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun.









admin
GNGOM

Juruterbang Mungkin Terperangkap Dalam Helikopter

#Tragedi Nahas Helikopter AS 350 SARAWAK




OPERASI mencari dan menyelamat masuk hari ketiga di Jeti Pasar Lingga hari ini. Anggota skuba Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersiap sedia menjalankan operasi mencari dan menyelamat hari ini. – Foto BERNAMA

SRI AMAN: Jasad juruterbang helikopter yang terhempas di hulu Sungai Batang Lupar, Kapten Rudolf Rex Ragas tang masih belum dijumpai dan berkemungkinan besar masih berada dalam bangkai utama helikopter.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman, berkata usaha menjejaki bangkai utama helikopter itu kini menjadi keutamaan pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Khidmat pasukan penyelam juga katanya, akan dikerah ke lokasi berpotensi di mana bangkai helikopter itu berada selepas membuat pemetaan di kawasan terbabit termasuk meneliti arus benak dasar sungai.

“Kemungkinan masih di dalam badan utama helikopter, mungkin tersekat (tidak sempat keluar) sebab pakai tali pinggang,” katanya.

Beliau juga berkata, pukat tunda akan digunakan dalam operasi mencari satu lagi jasad serta bangkai utama helikopter, bagaimanapun perlu mendapatkan nasihat Jabatan Perikanan terlebih dulu bagi meneliti kesesuaian pukat.

“Kita akan teliti dengan mendapatkan pandangan jabatan terbabit. Kita tidak mahu penggunaan pukat ini menjejaskan nelayan tempatan dan tangkap ikan-ikan kecil. Kita guna pukat dibenarkan bukan yang haram,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Operasi SAR di jeti Lingga, di sini. Terdahulu beliau diberi taklimat serta penerangan ringkas mengenai operasi anggota SAR, selain berkesempatan membuat tinjauan udara di kawasan utama pencarian di hulu Sungai Batang Lupar, di Lingga.

Setakat ini juga, beliau berkata, operasi SAR babitkan pelbagai agensi mencari tidak akan dihentikan, malah jumlah anggota dan aset lojistik akan diganda dengan fokus carian masih kekal iaitu di darat dan sungai.

“Pagi ini beg galas jenama Camel ditemui selain penemuan serpihan helikopter pada jam 8.50 pagi serta kerusi helikopter pada jam 9.40 pagi.

“Penemuan ini serta serpihan yang lain, begitu membantu kita untuk menentukan di mana bangkai utama helikopter ini berada. Kita juga sedang kaji untuk mendapatkan lokasi berpotensi bangkai itu. Ia sedikit waktu ini sebab ada arus benak yang laju di dasar sungai,” katanya. -BH.
admin
GNGOM

#Helikopter: Mayat KELIMA (5) nahas helikopter ditemui

Terkini  !!!

#TRAGEDIHeliSARAWAK: Mayat KELIMA (5) nahas helikopter ditemui lewat petang ini.









KUCHING: Pasukan polis marin menemui satu lagi mayat nahas helikopter terhempas menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang ditemui ialah lima.

Berdasarkan maklumat Pasukan Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mayat berkenaan ditemui pada pukul 6 petang.

"Mayat dibawa ke jeti dan tiba di PKB Lingga pada pukul 6.50 petang.

"Mangsa dijumpai pada kedudukan 3 kilometer ke hulu Lingga dari PKB Lingga," katanya.

Dengan penemuan itu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) meneruskan operasi bagi mencari seorang mangsa yang masih hilang. - mStar

admin

GNGOM

MALAYSIAN RED ARMY - CYBER WARRIOR: WILL THE OPPOSITION LEARN FROM SARAWAK?

MALAYSIAN RED ARMY - CYBER WARRIOR: WILL THE OPPOSITION LEARN FROM SARAWAK?: So you see, they scream about Saving Malaysia. But they remain very quiet regarding the issues that are threatening to tear Malays...

THROWBACK : BES1 SEMASA 7 [7 MEI 2016]

Sungai Besar menangis



GNGOM

TRAGEDI HELIKOPTER DI SARAWAK - KEMUNGKINAN MILIK HELIKOPTER HILANG [6 M...



MRA-CW

Press conference by PM on copter tragedy in Sarawak



GNGOM

KENYATAAN YAB PERDANA MENTERI TENTANG NAHAS HELIKOPTER AS 350 DI SARAWAK

MAY 6, 2016

Dukacita saya maklumkan bahawa salah satu mayat mangsa AS 350 telah ditemui. Saya rasa amat sedih apabila menerima berita tersebut.

Ketika sidang media pagi tadi, saya telah memaklumkan bahawa pada jam 9.50 pagi, pasukan mencari dan menyelamat telah menemui serpihan helikopter yang dipercayai daripada helikopter AS 350. Serpihan-serpihan yang ditemui termasuklah sebuah peranti lokasi, kerusi, sebahagian pintu dan dinding pesawat.


Sepertimana yang telah dimaklumkan, sebuah helikopter jenis AS 350 yang diuruskan Hornbill Skyways telah berlepas dari Betong pada jam 4.12 petang ke Kuching.

Ketika dalam perjalanan, helikopter tersebut telah terputus hubungan dengan menara kawalan. Selepas beberapa kali cuba dihubungi, pesawat tersebut telah dilaporkan terputus hubungan dan keputusan untuk menghantar pasukan mencari dan menyelamat dilakukan lewat petang semalam. Pesawat TUDM juga telah terbang di kawasan yang dipercayai helikopter tersebut terputus hubungan.

Identiti penumpang telah dikenalpasti sebagai YB Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Komoditi, Dato’ Noriah Kasnon, YB Dato Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Dr Sundaran Annamalai, Ketua Setiausaha KPPK, Tuan Asmuni Abdullah, suami kepada YB Dato’ Noriah, Encik Ahmad Sobri, Pegawai Keselamatan Timbalan Menteri dan Kapten Rudolf Rex Ragas, juruterbang helikopter AS 350.

Usaha mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga kita menemui kesemua mangsa yang menaiki pesawat ini.

Saya dimaklumkan bahawa kawasan serpihan helikopter ditemui adalah bersebelahan dengan kawasan Batang Lupar yang merupakan sungai yang besar. Oleh itu, ia mungkin akan menyukarkan operasi mencari dan menyelamat. Namun begitu, segala usaha untuk mencari mereka yang masih hilang sedang diperhebatkan.

Sekian.

YAB DATO' SRI MOHD NAJIB TUN RAZAK
Perdana Menteri
Malaysia
Kuching, Sarawak

REF.: https://www.najibrazak.com/bm/blog/misi-mencari-menyelamat-helikopter-as-350/


admin
GNGOM

Saturday, May 7, 2016

MALAYSIAN RED ARMY - CYBER WARRIOR: 5 MAYAT TELAH DI JUMPAI TERMASUK ARUAH DATUK NORIA...

MALAYSIAN RED ARMY - CYBER WARRIOR: 5 MAYAT TELAH DI JUMPAI TERMASUK ARUAH DATUK NORIA...: Mayat kedua, ketiga, keempat dikenal pasti Sundaran, Ahmad Sobri dan Tuan Asmuni KUCHING - Mayat kedua dan ketiga nahas helikopter, Kh...

MRA-CW

Dua buah tren KTMB (ETS dan Antara Bandar) BERGESEL berhampiran stesen komuter Batang Kali, Hulu Selangor











KUALA LUMPUR:
Tren penumpang KTM dalam perjalanan dari Butterworth ke Kuala Lumpur bertembung dengan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di laluan Kuala Kubu Bharu Berhampiran Stesen Komuter Batang Kali kira-kira jam 1.48 tengah hari tadi, lapor Harian Metro.

Menurut sumber, kira-kira seramai 510 orang penumpang terjejas telah dipindahkan ke lokasi selamat.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan, insiden itu menyebabkan tiga penumpang cedera ringan.

"Setakat ini pihak kami sedang berusaha membawa keluar lebih 500 penumpang ke lokasi selamat.

"Hanya tiga daripada 13 gerabak terjejas dalam insiden ini," katanya.

Menurut bomba lagi, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk menerima rawatan.

Berdasarkan kenyataan di Twitter milik KTMB, berlaku kegelinciran tren menyebabkan kemalangan berlaku di mana jadual perjalanan komuter Rawang - Tanjung Malim - Rawang ditutup buat sementara waktu.






GNGOM

BN MENANG BERGAYA DI PRN 11 SARAWAK. SETAKAT INI BN TELAH MENANG 72 KERUSI DUN........


Adenan Satem kekal di DUN Tanjong Datu



Kuching – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem terus kekal sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk penggal ke-10 setelah memenangi kerusi Tanjong Datu, hari ini.

Pengerusi BN Sarawak dan Presiden PBB itu mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan, dengan majoriti 5,892 undi.

Adenan mendapat 6,360 undi berbanding Jazolkipli yang meraih 468 undi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) itu.

Pada PRN-10, Adenan menang dengan majoriti 3,216 undi setelah menewaskan calon PAS, Nani Sahari dan calon Bebas, Gilbert Asson Kulong.

Adenan adalah penyandang kerusi Tanjong Datu sejak PRN 2006 dan sebelum itu beliau merupakan ADUN Muara Tuang sejak pilihan raya kecil pada Januari 1979.

Ini kali pertama Adenan, selaku Ketua Menteri, mengetuai BN negeri pada pilihan raya negeri. – Bernama



GNGOM

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: #Helikopter: Mayat KELIMA (5) nahas helikopter dit...

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: #Helikopter: Mayat KELIMA (5) nahas helikopter dit...: KUCHING:  Pasukan polis marin menemui satu lagi mayat nahas helikopter terhempas menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang ditemu...

#TragediHeliSarawak - Mayat Kedua Mangsa Nahas Helikopter Ditemui Pagi Tadi


Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai mayat seorang lelaki dipercayai mangsa nahas helikopter, 10km dari Pusat SAR di Lingga, kira-kira 250km dari Kuching pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Nor Hisham Mohammad mengesahkan mayat terbabit dijumpai 8.31 pagi.

“Mayat mangsa yang ditemui akan dibawa ke (satu) tempat… tapi tempatnya belum dipastikan lagi,” katanya kepada Bernama di Kuching.

Penemuan mayat itu, dipercayai mangsa kedua yang dijumpai selepas mayat mangsa pertama tragedi terbabit iaitu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dijumpai di tebing Sungai Batang Lupar berhampiran Sebuyau, kira-kira 30km dari Lingga, tengah hari semalam.

Penumpang lain yang berada di dalam helikopter itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai dan suami Noriah, Asmuni Abdullah.




Mangsa kedua yang dijumpai dibawa ke IPK Sarawak sebelum dihantar untuk proses forensik di Hospital Umum Kuching. 

Anggota Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan pegawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri turut menaiki helikopter yang dikemudi juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas. 

Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu dalam penerbangan dari Betong pada 4.12 petang Khamis menghala ke Kuching sebelum terputus hubungan dan hilang dari radar. 

Beberapa serpihan pesawat itu ditemui dekat Sungai Batang Lupar berhampiran Sebuyau semalam. 

– Bernama

admin
GNGOM

SELAMAT DATANG KE SIARAN SULUNG BLOG GABUNGAN NGO MALAYSIA (GNGOM)



SOLIDARITI #916 ADALAH SINONIM TARIKH HARI MALAYSIA PADA 16 SEPTEMBER YANG DISAMBUT SETIAP TAHUN SEJAK PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA PADA 1963. WARNA MERAH ADALAH SINONIM 'MELAYU BERANI DAN GAGAH' @ SELENDANG MERAH IAITU SUATU TINGKAT TERTINGGI DI ALAM DUNIA PERSILATAN MELAYU SERTA SIFAT ORANG MELAYU YANG AKAN 'MENGAMOK; JUGA PANTANG DICABAR APABILA BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIRNYA DISENTUH DAN DI KACAUGANGGU. 







GABUNGAN YANG WUJUD APABILA DIHIMPUNKAN MAJORITI NGO ATAU PERTUBUHAN ATAUPUN PERSATUAN BANGSA MELAYU PADA 16 SEPTEMBER 2015. MAKA DENGAN KESEDARAN ITU, NGO MELAYU TELAH BERGABUNG DAN MELAUNGKAN AMANAT BANGSA DAN AMARAN KEPADA BANGSA LAIN DI KUALA LUMPUR SUPAYA PATUH DAN AKUR AKAN RUKUNEGARA DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN YANG MENJAMIN HAK DAN KEBEBASAN BANGSA PADA LANDASAN YANG BERLUNASKAN KEHARMONIAN AGAMA SERTA KONTRAK SOSIAL DAN KELUHURAN PERLEMBAGAAN SAYUGIA KEDAULATAN RAJA RAJA MELAYU SEJAK MERDEKA 1957. 


ANTARA PENCETUSNYA ADALAH :-

MAKA, SETELAH BERLAKUNYA PERITIWA RUSUHAN DI PLAZA LOW YAT, BUKIT BINTANG, KUALA LUMPUR PADA BULAN RAMADHAN BULAN JULAI TAHUN 2015 LALU NGO NGO MELAYU DI SELURUH DARI BERLAKUNYA NEGARA TELAH BERGABUNG DENGAN DATO' JAMAL MD YUNOS SEBAGAI TERAJUNYA DAN DISOKONG SECARA TIDAK LANGSUNG OLEH UMNO.

MAKA, BERLAKULAH PERTEMBUNGAN DIANTARA PIHAK BERSIH YANG BERJU KUNING YANG MENGADAKAN DEMOSTRASI KEMUNCAK 'BERSIH 4' PADA MALAM 31 OGOS 2015 DENGAN PIHAK 'BAJU MERAH' ANTI BERSIH YANG TERDIRI DARIPADA NGO NGO MELAYU YANG TELAH CUBA MENGHALANG PIHAK BERSIH UNTUK MEMASUKI DATARAN MERDEKA. PIHAK BERSIH YANG TELAH BERARAK DARIPADA KOMPLEKS SOGO DI JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN DAN MASJID JAMIK DI JALAN TUN PERAK KUALA LUMPUR. MEREKA TELAH MULA MENGADAKAN DEMOSTRASI DAN TUNJUK PERASAAN SEJAK 27 OGOS 2015 LAGI. 





CACI MAKIAN DAN KATA NISTA DI HAMBURKAN KEPADA PIHAK BERKUASA DAN PEMIMPIN NEGARA SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG TERMASUK MEMBAWA SEPANDUK YANG BERTULIS KATA KATA YANG BERSIFAT MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH SEPANJANG 4 HARI BERLAKUNYA DEMOSTRASI BERSIH YANG TELAH MELUMPUHKAN HAMPIR SEMUA PUSAT PERNIAGAAN DI SEPANJANG JALAN TUN PERAK DAN JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN. ADA JUGA GOLONGAN YANG MEMIJAK GAMBAR PEMIMPIN TERMASUK GAMBAR YAB PM DAN HJ HADI.

KALI INI BERSIH 4 MENAMPIL 90% KAUM CINA ULTRA KIASU YANG NAMPAK TIDAK PATRIOTIK LANGSUNG TERHADAP KEPENTINGAN DAN KEAMANAN SOSIO-EKONOMI MAHUPUN POLITIK. MANAKALA 10% ADALAH ORANG MELAYU DAN INDIA YANG RATA RATA DARI PUAK PEMBANGKANG BEGITU ORANG CINA.








OLEH YANG DEMIKIAN, ORANG MELAYU BERASA TERANCAM DAN DIHINA SEDEMIKIAN RUPA LALU TELAH BERSATU DIBAWAH NGO DAN PERTUBUHAN YANG DIKETUAI OLEH PESAKA YANG DITERAJUI OLEH TAN SRI ALI RUSTAM DAN GERAKAN MERAH OLEH DATO' JAMAL YUNOS SERTA SOKONGAN UMNO TELAH BERJAYA MENGHIMPUN HAMPIR 300,000 ORANG BERARAK DARI BUKIT BINTANG DAN BERHIMPUN DI PADANG MERBUK, KUALA LUMPUR. HAMPIR SEMUA JALANRAYA DAN PUSAT PERNIAGAAN DI TUTUP DAN LUMPUH AKIBAT TURUNNYA ORANG MELAYU DI JALANAN DAN BERSUARA.

DENGAN IKTIBAR DAN NATIJAH ITULAH UMAT MELAYU ISLAM TELAH BERGABUNG SEBAHAGIAN BESARNYA MEMBENTUK SUATU KESATUAN YANG SENTIASA BERSEDIA BANGUN DAN BERTINDAK SEKIRANYA SEDIKIT SAHAJA APAPUN YANG BERKENAAN BANGSA AGAMA DAN NEGARA DISENTUH DAN DIPERKOTAK KATIKKAN. MAKA TERLAHIRLAH GABUNGAN NGO MALAYSIA (GNGOM) DAN AKAN TERUS MARA DAN MEMBINA NEGARA INI DEMI MASA DEPAN ANAK DAN CUCU BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM.

HIDUP #GABUNGANNGOMALAYSIA 


ALLAHUAKBAR !!!


ADMIN BLOG GNGOM


MEI 2016

GNGOM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BNBBC

BNBBC
KLIK UNTUK KE BNBBC.MY

GABUNGAN NGO MALAYSIA - GNGOM