Sunday, May 29, 2016

PRK P093 SG.BESAR : SEMANGAT BARU BN LAGI MEMBARA DI SG.BESAR.




             Setelah 2 hari berlangsungnya Majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional pada Jumaat 27 Mei 2016 di Command Centre Barisan Nasional di Pasir Panjang, Sg. Besar yang mana ADUN Sg.Panjang YB Budiman Hj. Zohdi telah terpilih sebagai Calonnya sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Zahid Hamidi selaku Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas tugas Timbalan Presiden UMNO juga sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Kebangsaan.
Majlis yang dihadiri lebih 2,000 orang tempatan dan juga para hadirin dari seluruh Negara termasuk Ketua Wanita UMNO Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil, Ketua Pemuda UMNO YB Khairi Jamaluddin, Ketua Puteri YB Dato' Mas Eryanti juga Setiausaha Agung UMNO/BN YB Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansur serta lain lain pemimpin peringkat nasional. Tidak lupa Dato' Seri Noh Omar merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan juga Dato' Jamal Md Yunos iaitu Ketua UMNO Bahagian Sg. Besar selaku Pengerusi BN Bahagian Sg. Besar yang juga menjadi Timbalan Pengarah Pilihanraya Kecil Parlimen P093 Sg. Besar.

 PDM GNGOM PRK
P093 SG. BESAR

Walaupun pada mulanya setelah kejadian Nahas Helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei yg lalu, nama Dato' Jamal Md Yunos turut tersenarai dan menjadi 'Favourite' sebagai Calon yg akan menjadi Calon BN dan menggantikan Allahyarhamah YB Datuk Noriah Kasnon yg turut terkorban di dalam nahas tragis tersebut termasuk Aruah Asmuni suaminya serta 4 yang lain yang malang.Tetapi setelah 3 minggu berlalu, maka pihak pucuk pimpinan parti UMNO dan Barisan Nasional telah membuat pilihan Calon 'Heavyweight' BN daripada UMNO yang antara nama yang telah berada di persada Dewan Undangan Negeri Selangor sebagai seorang pembangkang tersohor dan berwibawa serta berkelayakan 'Double Decrees' serta sedang membuat Pengajian Phd.nya di salh sebuah Universiti tempatan. YB Budiman juga tidak asing bagi rakyat tempatan sebagai ADUN Sg. Panjang yang agak 'Sempoi dan bersahaja' yang akan berhadapan dengan Calon PAS YB Dr. Rani Osman yang juga ADUN Meru dan mungkin calon calon lain yang mungkin timbul sebelum hari Penamaan Calon yang telah ditetapkan pada 5 Jun 2016.

Di dalam jangkamasa panjang, keputusan pencalonan ini agak berrisiko tinggi kerana selama ini Dato' Jamal Md Yunos lah yang telah bertungkus lumus menyiapkan segala persediaan dan kelengkapan Jentera Pilihanraya PRK Sg. Besar di seluruh kawasan Parlimen tersebut dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri terdahulu termasuk penyiapan Ibupejabat UMNO Bahagian Sg. Besar yang begitu indah dan tersergam gagah di Jalan Utama B5 Kelang - Sabak Bernam sehingga mendapat pujian daripada ramai pemimpin parti dan tempatan termasuk juga pujian daripada Dato' Seri Zahid Dan Dato' Seri Noh Omar.


Dato' Jamal Md Yunos selaku Ketua Bahagian dan Pengerusi BN Sg Besar tanpa kelibat lain lain calon atau pemimpin termasuk YB Budiman kecuali Dato' Timbalan Ketua Bahagian Dato' Ramli Hj. Norani yang ternyata berdiri teguh di belakang Dato' Jamal sebagai idola Golongan Muda di negara ini amnya khasnya di Sg. Besar ini, telah berjaya di dalam ujiannya sebagai Ketua Bahagian UMNO dan BN mengharungi pelbagai kepayahan termasuk dari segi kewangan termasuk menyiapkan penginapan serta logistik para pelawat dan pengunjung ke Bahagian Sg. Besar ini.
Walau bagaimanapun, Dato Jamal telah tiga kali 'menolak, tidak berminat dan tidak akan' menerima tawaran sebagai calon PRK Sg. Besar atas sebab ingin menumpukan persediaan Parti ke arah PRU14 pada tahun 2018 atau lebih awal. Serta atas sebab menguruskan perniagaannya yang sedang berkembang maju.

Beliau juga tidak mahu mengambil risiko jika beliau mungkin kalah di dalam PRK Sg. Besar kali ini kerana sebab utamanya untuk ingin membantu dan menyokong kuat Parti dan calonnya untuk memenangi dan mempertahankan Kerusi yang disandang oleh BN selama ini.
YB Budiman sebenarnya sebagai Calon BN yang dipilih harus berterima kasih dan menyanjung tinggi atas usaha gigih Dato' Jamal Yunos yang begitu ikhlas dan setia kepada Parti UMNO dan BN walaupun telah menabur bakti selama ini kepada parti dan seluruh masyarakat di kawasan Parlimen Sg. Besar ini.

Dato' Jamal amat berdedikasi dan komited serta teliti atas segala perancangan dan perlaksanaan menjelang Hari Penamaan Calon dan Hari Mengundi PRK Parlimen pada 18 Jun yang akan  datang yang juga berlangsung di dalam bulan Ramadan.






Oleh yang demikian, dengan hati terbuka dan berlapang dada, para ahli UMNO dan BN serta penduduk tempatan ternyata telah menerima seadanya Calon BN iaitu YB Budiman dengan disokong dan didokong kuat oleh Dato' Jamal Md Yunos yang ternyata gandingan ampuh dan bertenaga didalam menghadapi lawan di dalam PRK P093 kali ini.

Semoga pilihan ini tidak silap dan ternyata akan berjaya menggandakan lagi majoriti kemenangan BN serta mendapatkan sokongan padu rakyat Sg. Besar khasnya dan Negeri Selangor amnya. Ia juga akan menjadi penanda aras sokongan terhadap kepimpinan UMNO dan BN tempatan juga Negeri serta peringkat Pusat.



Sokongdan Undilah BN.
Rakyat pasti terbela..........In Syaa Allah.


Wasalam.
Ikhlas drpd. 

#DJY4BNSB
#YBBUDIMAN4SB
#BN4SB
#UndiBNRakyatTerbela

Admin,

Baha Taha



















No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BNBBC

BNBBC
KLIK UNTUK KE BNBBC.MY

GABUNGAN NGO MALAYSIA - GNGOM