Saturday, May 7, 2016

BN MENANG BERGAYA DI PRN 11 SARAWAK. SETAKAT INI BN TELAH MENANG 72 KERUSI DUN........


Adenan Satem kekal di DUN Tanjong Datu



Kuching – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem terus kekal sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk penggal ke-10 setelah memenangi kerusi Tanjong Datu, hari ini.

Pengerusi BN Sarawak dan Presiden PBB itu mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan, dengan majoriti 5,892 undi.

Adenan mendapat 6,360 undi berbanding Jazolkipli yang meraih 468 undi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) itu.

Pada PRN-10, Adenan menang dengan majoriti 3,216 undi setelah menewaskan calon PAS, Nani Sahari dan calon Bebas, Gilbert Asson Kulong.

Adenan adalah penyandang kerusi Tanjong Datu sejak PRN 2006 dan sebelum itu beliau merupakan ADUN Muara Tuang sejak pilihan raya kecil pada Januari 1979.

Ini kali pertama Adenan, selaku Ketua Menteri, mengetuai BN negeri pada pilihan raya negeri. – Bernama



GNGOM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BNBBC

BNBBC
KLIK UNTUK KE BNBBC.MY

GABUNGAN NGO MALAYSIA - GNGOM