“Jamal Yunos dipecat kerana khianati kami” – Setiausaha Agung Gerakan Merah
KUALA LUMPUR, 25 Jan – Setiausaha Agung Gerakan Merah, 'Baha Taha' hari mengumumkan Datuk Sri Jamal Md Yunos telah dipecat dan tidak lagi memimpin Gerakan Merah.
“Bermula hari ini, 25 Januari 2019, saya telah mengambil alih (kepimpinan) Gerakan Merah dan saya akan melancarkan kebangkitan semula Gerakan Merah tanpa kepimpinan Datuk Sri Jamal Yunos,” kata Baharin yang turut dikenali sebagai Baha Taha di Dataran Tugu Negara pada hari ini.
Menurut beliau, Jamal telah mengkhianati perjuangan organisasi dan merupakan seorang ‘petualang’.
“Bagi saya, Datuk Seri Jamal Yunos ini seorang pengkhianat, seorang petualang dan juga meninggalkan rakan-rakan seperjuangan hanya untuk kepentingan sendiri dalam politik,
“Semangat Gerakan Merah tidak akan berhenti dan sentiasa bangkit,” tegas Baha.
Selain daripada itu, beliau turut mengumumkan Gerakan Merah telah memilih barisan kepimpinan baharu untuk masa akan datang berkuatkuasa tarikh 25 Januari 2019 tersebut.
Tetap perjuangkan nasib dan hak Melayu
Beliau menambah, Gerakan Merah tetap bertegas dan terus memperjuangkan hak kepentingan orang Melayu, termasuk Raja-raja Melayu.
“Kami berjuang untuk ABATA ; Agama, Bangsa dan Tanahair,” ujar beliau kepada pemberita.
Pada masa yang sama, beliau menyatakan pemimpin-pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kerajaan hari ini. Menurut beliau, kerajaan tidak mengambil peduli dan pandangan dari NGO Melayu.
Setiausaha Agung Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) atau 'Gerakan Merah' turut menyatakan satu Perhimpunan Aman akan diadakan di hadapan Tabung Haji pada 1 Februari 2019.[Permit Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) juga telah dipohon di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur].
“Di bawah Persekutuan Melayu Bugis Semalaysia (BUGIS) dan lebih 30 NGO Bergabung dibawah Sekretariat #GERAM, kita akan adakan perhimpunan aman 'Himpunan Selamatkan Tabung Haji (#TH181)' pada 1 Februari,” kata Baha Taha.
Beliau turut menyeru semua NGO dan masyarakat Melayu datang beramai ramai untuk menyertai perhimpunan tersebut.
edited by BAHA TAHA 26/01/2019
baha taha
26 Januari 2019
edited by BAHA TAHA 26/01/2019
![]() |
BAHA TAHA BERSAMA ALAN RIDZUAN RADIN DAN SYAFIK ABDULLAH DI HADAPAN ISTANA NEGARA KUALA LUMPUR PADA TAHUN LEPAS |
![]() |
AWAS KEBANGKITAN GERAKAN MERAH !!! |
26 Januari 2019
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.