Tuesday, June 21, 2016

Kemenangan BN Di Sg Besar & Kuala Kangsar Bukti Najib Masih Diterima Rakyat



Oleh: SGBSelangor | 18 June 2016 

UPDATE Sg Besar – SAH Calon BN, YB Budiman Zohdi menang dengan majoriti 9,191

PADA saat artikel ini ditulis, BN sudah sah menang di Kuala Kangsar dengan calonnya Datin Mastura Yazid mendapat majoriti besar 6,969 undi, sementara di Sg Besar, calon BN, YB Budiman Zohdi sedang menunggu untuk diumumkan sebagai pemenang pada bila-bila masa dari sekarang.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Budiman sedang mendahului dengan majoriti yang jauh lebih besar, 9,191 undi.

Satu yang menariknya dalam kedua-dua pertandingan ini, sekalipun undi PAN dan PAS dicampurkan, BN masih menang lagi. Maksudnya sekalipun PAN diwujudkan DAP untuk menggantikan PAS dan PAS turut bertanding, ia masih belum boleh mengalahkan BN.

Dahsyat tak dahsyat tu.








Keputusan ini membuktikan bahawa Datuk Sri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden UMNO, ‘masih’ mendapat sokongan dari rakyat- berlawanan dengan permainan persepsi di media sosial kononnya sudah tidak ada sokongan.

GST ka, 1MDB ka, RM 2.6 billion ka, jet ka, semua ni bukan setakat rakyat tak pandang malah menyampah pulak lagi sebab itu BN masih menang. Bulan puasa pun nak fitnah orang, mana tak menang.

Penulis memilih perkataan ‘masih’ dengan sengaja untuk tidak nampak sombong sangat di mata pembaca penyokong pembangkang. Dalam keadaan bersedih kerana kalah besar, penulis tidak mahu mencurah asam limau ke atas luka yang masih berdarah.






Yang sebetulnya, Najib tidak pernah pun kehilangan sokongan. Beliau dan polisi-polisi yang diperkenalkan pentadbirannya, sentiasa dapat sokongan majoriti rakyat. Kalau kemenangan besar BN di Sarawak tidak cukup untuk dijadikan bukti, kemenangan di 2 pilihanraya kecil ini mengesahkan bahawa Najib adalah pemenang yang unggul.

Hello, Najiblah, takkan orang lain. Beliau adalah Pengerusi BN. Kalah menang tu atas bahunya, siapa bodoh saja yang memandang kalau menang itu sebab orang lain, kalau kalah itu baru nak dikaitkan dengan Najib.

SUMBER - MyKMU.net (Edited)
   admin
   GNGOM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BNBBC

BNBBC
KLIK UNTUK KE BNBBC.MY

GABUNGAN NGO MALAYSIA - GNGOM